Rata-rata anggota Biro Politik UMNO mengambil pendekatan untuk mengunci mulut daripada mendedahkan sebarang keputusan atau isi kandungan mesyuarat pada Rabu.<br /><br />Petugas media yang menunggu lebih tiga jam di Ibu Pejabat UMNO di Menara Dato' Onn hampa apabila kebanyakan anggota biro itu yang ditemui sebaik tamat mesyuarat, enggan memberikan sebarang komen.
